Whistle Blowing Policy

POLISI PELAPORAN (WHISTLEBLOWING POLICY)

JLand komited dalam membanteras jenayah rasuah dengan melaksanakan program kesedaran, latihan yang sewajarnya kepada warga kerja JLand ,melaksanakan semua polisi dan prosedur bagi mencegah sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa,memberi ruang kepada anggota pekerja, syarikat- syarikat dalam kumpulan serta pihak-pihak berkepentingan untuk mendedahkan dan melaporkan sebarang salah laku rasuah dan salah guna kuasa dengan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana – mana pihak yang tidak mematuhi Polisi Anti-Rasuah syarikat.
Objektif Polisi
  • Sebagai panduan dalam pelaksanaan pelaporan aduan terhadap pelanggaran integriti yang berlaku di dalam JLand
  • Kerahsiaan identiti pemberi maklumat dan aduan yang diterima dapat dijamin melalui polisi yang ditetapkan.
  • Memastikan sebarang aduan yang diterima, diproses, diambil tindakan dan berakhir dengan satu tindakan yang sistematik dan berkesan
Skop Polisi
  • Terpakai kepada setiap lapisan anggota pekerja sama ada berstatus tetap atau kontrak di Jland dan syarikat di bawah Jland
  • Ianya juga terpakai kepada semua kontraktor,subkontraktor,pembekal,sub pembekal, vendor, perunding,ejen, wakil dan lain-lain pihak yang berkepentingan atau entiti yang menjalankan kerja-kerja atau perkhidmatan-perkhidmatan untuk atau bagi pihak JLand
Salah Laku
Pendedahan terhadap pelanggaran atau salah laku tadbir urus korporat, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa atau apa-apa perlakuan yang menyalahi undang-undang, dasar, Kod Etika Bisnes atau Kod Etika Tatakelakuan oleh mana-mana anggota pekerja JLand dan anak syarikat dalam kumpulan
Pendedahan Maklumat
  • Semua pendedahan maklumat mesti dibuat kepada Unit Integriti JLand
  • Pegawai unit integriti bertanggungjawab untuk menerima dan memproses sebarang aduan / maklumat yang dinyatakan
Aduan Tanpa Nama Atau Tanpa Alamat Untuk Dihubungi
  • Polisi ini menggalakkan pemberi maklumat untuk menzahirkan nama atau cara bagaimana mereka dapat dihubungi
  • Maklumat tanpa nama atau cara mereka dapat dihubungi dianggap kurang berwibawa, dan ianya tidak akan dilayan
  • Namun ianya akan diberi pertimbangan untuk diambil tindakan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Whistleblowing
    Antara perkara-perkara yang akan diberi pertimbangan adalah :-
    i) Tahap keseriusan kandungan maklumat yang didedahkan;
    ii) Tahap intipati (ingredient) kesalahan yang terdapat di dalam maklumat tersebut; dan
    iii) Tahap yang membolehkan maklumat tersebut diambil tindakan pengesahan melalui sumber-sumber, dokumen dan saksi-saksi yang berkaitan
  • Pemberi maklumat yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar tanpa nama atau alamat untuk dihubungi tidak akan diberi perlindungan di bawah polisi ini.
Mendedahkan Dengan Niat Jahat
  • Pendedahan maklumat yang bermotifkan niat jahat, iri hati atau apa-apa niat yang bertentangan dengan prinsip undang-undang, peraturan dan kepentingan JLand dan syarikat dalam kumpulan tidak akan dilayan
  • Tindakan disiplin boleh diambil terhadap anggota pekerja atau laporan polis dibuat ke atas mana-mana anggota pekerja atau mana-mana orang yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar dengan niat jahat atau bertujuan untuk mencemarkan imej JLand dan mereka yang terlibat, mana yang difikirkan patut
Mendedahkan Dengan Niat Jahat
  • Pendedahan maklumat yang bermotifkan niat jahat, iri hati atau apa-apa niat yang bertentangan dengan prinsip undang-undang, peraturan dan kepentingan JLand dan syarikat dalam kumpulan tidak akan dilayan
  • Tindakan disiplin boleh diambil terhadap anggota pekerja atau laporan polis dibuat ke atas mana-mana anggota pekerja atau mana-mana orang yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar dengan niat jahat atau bertujuan untuk mencemarkan imej JLand dan mereka yang terlibat, mana yang difikirkan patut
Jaminan Perlindungan
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua-Ketua Jabatan hendaklah memastikan agar tiada tindakan yang memudaratkan diambil ke atas mana-mana jua pemberi maklumat (whistleblower) yang telah mendedahkan maklumat atau aduan di bawah polisi ini.
Mana-mana anggota pekerja atau mana-mana orang yang hendak memberi maklumat perlu menyalurkan maklumat tersebut sebagaimana berikut:-
  • Johor Land Berhad (Unit Integriti)

    Kompleks Mutiara Johor Land, Jalan Bukit Mutiara, 81100 Bandar Dato’Onn, Johor Bahru

  • whistleblowing@jland.com.my

    (klik untuk borang aduan)

  • 07-2873168

    (Waktu Pejabat)

  • Berhubung terus dengan Pegawai yang diberi kuasa